Saturday, 25 May 2013

Tuntutan pengerusi SPR letak jawatan wajar – Wan Azizah

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....


Tuntutan pengerusi SPR letak jawatan wajar – Wan Azizah


PETALING JAYA 25 Mei: Desakan agar pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  meletak jawatan adalah wajar kerana gagal menjamin pilihan raya bersih dan adil  pada PRU 5 Mei lalu, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr wan AzizahMalah katanya, SPR turut bersubahat secara langsung dalam jenayah penipuan bagi BN, sekaligus mengkhianati amanah rakyat.
“Justeru kita akan terus menuntut agar kepimpinan SPR meletak jawatan! Tuntutan rakyat yang disuarakan oleh BERSIH ternyata tidak dilaksanakan sepenuhnya.
“SPR bukan sekadar gagal menjamin proses pilihanraya yang bersih dan adil, malah terlibat pula secara langsung dalam jenayah bagi pihak BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan dasar Presiden di Kongres KEADILAN kali ke Sembilan di Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan anggota, jentera dan pimpinan parti di pelbagai peringkat memperkukuh dan memperkuatkan KEADILAN dari semasa ke semasa serta mengumpul bukti penipuan PRU kepada rakyat.
“PRU13 mengajar kita bahawa penipuan berlaku secara sistematik dan berseluasa, maka tumpuan kita kini adalah untuk mendedahkan penyelewengan PRU kepada rakyat.
“Pada masa sama, adalah amat kritikal agar program pemantapan pimpinan, organisasi, jentera parti dan keanggotaan diperkukuh demi menjana kemenangan dalam masa terdekat.
“Dengan meluncur sehati, sejiwa, barulah kita mengecapi kemenangan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment