Semangat Adam Adli terpancar di setiap wajah anak muda – Bapa
(Oleh Aisha Geoffrey)
JINJANG 21 MEI: Bapa Adam Adli, Halim Hamid berbangga dengan sikap juang anaknya dan terharu dengan sokongan anak muda yang hampir setiap hari turun bersolidariti di hadapan balai polis aktivis mahasiswa itu ditahan.
Halim hari ini melawat Adam di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, dekat sini setelah direman tiga hari bermula Ahad lalu.
“Saya juga tidak kesal kerana saya nampak Adam di setiap wajah anak muda yang turut menyokong perjuangan ini,” kata Halim lagi kepada Keadilan Daily.
Beliau hadir ditemani peguam, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar dan Datuk S Ambiga.
Fadiah mempersoal tindakan pihak berkuasa yang menghalang beliau dan Halim untuk bertemu Adam secara terus.
“Susah sebab ini pengalaman pertama saya bertemu anak guam yang baru direman tetapi tidak boleh bercakap terus. Sedangkan dia belum disabitkan kesalahan atau melakukan jenayah berat untuk diperlakukan sebegitu,” katanya.
Menurut Fadiah, Adam masih dalam proses siasatan setiap hari sejak direman bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.
“Kita pun tak faham kenapa perlu reman sampai lima hari, sedangkan bukti semua ada dalam video. Jika itu yang menjadi bukti kukuh bawa saja Adam ke mahkamah dan dibicarakan supaya beliau mendapat pembelaan,” tegasnya.
Fadiah turut menyifatkan penahanan Adam sebagai tindakan kerajaan untuk menekan rakyat supaya tidak bersuara dan melawan.
“Memang jelas ini satu cara untuk menghukum Adam dan memberi mesej kepada orang ramai bahawa jika kita bersuara inilah hukuman yang akan kita terima,” katanya.
Adam akan dibebaskan Khamis ini setelah ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan, Sabtu lalu, kerana dituduh menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan, sedangkan beliau
hanya menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya Malaysia yang dilaksanakan secara penipuan.
hanya menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya Malaysia yang dilaksanakan secara penipuan.
No comments:
Post a Comment