Friday, 31 May 2013

Nurul Izzah pertimbang tindakan undang-undang terhadap Musa Aman

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....


Nurul Izzah pertimbang tindakan undang-undang terhadap Musa Aman

(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA, 31 MEI: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana menyalahguna kuasa dan menghalangnya beliau ke negeri itu.Izzah_pc
“Saya akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Menteri untuk menuntut penjelasan beliau,” kata Nurul Izzah pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
“Saya juga sedang berbincang bersama ahli parlimen Penampang, Darell Leiking serta rakan peguam di Sabah untuk mempertimbang tindakan undang-undang terhadap Musa dan kita akan failkan di Kota Kinabalu,” katanya lagi.
Izzah tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu petang semalam untuk menghadiri sambutan Hari Kaamatan anjuran KEADILAN Sabah.
Beliau bagaimanapun ditahan oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri lalu kad pengenalannya diambil sehingga beliau diiring masuk ke dalam pesawat.

No comments:

Post a Comment