Saturday, 25 May 2013

Kebangkitan rakyat berlaku sejak 15 tahun lalu – Shamsul

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Kebangkitan rakyat berlaku sejak 15 tahun lalu – Shamsul

(Oleh: Masdar Wahid)
PETALING JAYA 25 Mei: Kebangkitan rakyat  bukan hanya berlaku pada masa ini, sebaliknya telah bermula sejak era reformasi 15 tahun lalu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Shamsul Iskandar“Sekarang ini BN takut dengan istilah ‘Malaysia Spring’ sedangkan kebangkitan rakyat berlaku sejak 15 tahun lalu hingga kini tanpa henti.
“Begitu juga pada siri himpunan Bersih 1,2,3 serta beberapa siri himpunan rakyat dan kini Black 505 dengan slogan Suara Rakyat Suara Keramat di seluruh negara,” katanya pada sesi penggulungan dan ucapan penangguhan di Kongres Nasional KEADILAN  ke 9 di Petaling Jaya hari ini.
Dalam pada itu, Shamsul turut mengingatkan anggota dan pimpinan parti agar mengukuhkan semangat setiakawan dalam parti reformasi itu.
“Saya bersetuju dengan kenyataan wakil Negeri Sembilan, T. Kumar bahawa parti ini bukan parti pilihan raya kerana parti ini adalah parti reformasi yang dibentuk kerana semangat keanggotaan tanpa melihat pangkat dan status seseorang,” katanya yang berjaya menumbangkangkan Ketua Menteri Melaka pada PRU lalu.

No comments:

Post a Comment