Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
17 MAC 2015
Saya kesal kerana maklumbalas pertama dari Jabatan Perdana Menteri berhubung kontroversi pembelian jet peribadi (“private jet”)
baru adalah dengan mengheret nama baik DYMM Yang DiPertuan Agong,
kononnya pembelian ini perlu untuk kegunaan Yang DiPertuan Agong.
Tindakan ini tidak bertanggungjawab kerana rakyat dapat membezakan
berapa kali Yang DiPertuan Agong terlibat di dalam lawatan-lawatan rasmi
ke luar negara berbanding dengan Perdana Menteri sendiri. Bagi tempoh
2008 hingga 2013 seperti jawapan Parlimen kepada soalan YB Nga Kor Ming,
kerajaan terpaksa membayar kos RM44 juta bagi semua lawatan ke luar
negara melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak. Itu kos operasi sahaja
tidak termasuk kos pembelian dan sewa beli jet-jet peribadi kerajaan.
Oleh itu, jika benar jet peribadi baru ini diperlukan untuk kegunaan
Yang DiPertuan Agong seperti yang didakwa Jabatan Perdana Menteri, saya
mencabar Dato’ Seri Najib Tun Razak memperincikan setiap perjalanan
jet-jet peribadi milik kerajaan dan siapakah yang menggunakan jet-jet
peribadi ini termasuklah Boeing Business Jet (BBJ) dan Airbus Commercial
Jetliner (ACJ319) yang sedia ada? Berapa kali sebulan jet-jet ini
digunakan hingga jumlah jet yang sedia ada tidak mencukupi dan perlu
ditambah lagi?
Alasan Jabatan Perdana Menteri bahawa pembelian ini perlu untuk
menggantikan jet BBJ (Boeing Business Jet) yang telah lama juga tidak
boleh diterimapakai. Tempoh boleh guna sebuah jet Boeing komersil adalah
di antara 20 hingga 25 tahun bila disenggara mengikut jadual seperti
amalan industri penerbangan. Jet BBJ yang dimiliki oleh Kerajaan
Malaysia hanya berusia 16 tahun dan tidak pun digunakan sekerap jet
komersil kerana hanya digunakan sekali-sekala untuk keperluan rasmi
kerajaan.
Oleh yang demikian, alasan yang diberikan oleh Jabatan Perdana
Menteri tidak boleh diterima rakyat kerana masih belum menjawab di mana
kewajaran membeli satu lagi jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri
dan Jemaah Menteri beliau.
Saya menasihati Perdana Menteri berterus terang sahaja dan tidak
menggunakan pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri untuk mengelak
dari menjawab isu ini.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
No comments:
Post a Comment