Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Hukum kata ..
'' Belum sampai serulah nak tutup aurat''...
Ni bukan saya kata.. bukan juga jiran sebelah kata.. tapi seorang ulama' yang menyampaikan dakwahnya menggunakan ayat al-quran...
1400 tahun dahulu... seruan untuk umat islam telah Allah turunkan.. Jadi.. awak yang berada di luar sana yang tidak menutup aurat.. nak tunggu seruan malaikat Izarail cabut nyawa baru nak tutup aurat ke? sebelum terlambat..marilah kita sama2 memperbaiki diri kita ke jalan Allah...
Allahuakbar!
AKU TIDAKLAH SEMULIA KHADIJAH.. TIDAKLAH SETAQWA AISYAH.. PUN TIDAKLAH SETABAH FATIMAH.. AKU CUMA SEORANG WANITA AKHIR ZAMAN.. YANG PUNYA CITA-CITA UNTUK MENJADI SOLEHAH..
Friday 31 May 2013
Kita pegang kerajaan bukan nak cari makan, tapi nak cari pahala - Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Kita pegang kerajaan bukan nak cari makan, tapi nak cari pahala;
Kata-kata Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
"Seorang pemandu kereta belum tentu membawa kita ke destinasi yang betul. Walaupun dia tahu cara memandu, hidupkan enjin, masuk gear dan sebagainya, tetapi jika tidak tahu jalan yang betul, akan tetap sesat.

Demikian juga seorang pembaca al-Quran, tajwidnya betul, suaranya baik, makhrajnya tepat tetapi jika tidak diamalkan, ia tidak akan menunjuk jalan yang betul iaitu syurga..." - TGNA 18 Jun 2010.
KEADILAN edar 10,000 Buku Jingga percuma
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
KEADILAN edar 10,000 Buku Jingga percuma
KEADILAN Cabang Seremban menerbit dan mengedarkan 10,000 Buku Jingga secara percuma untuk rakyat di kawasan itu.
Bercakap kepada Suara Keadilan, Naib Ketua Cabangnya, Aminuddin Harun berkata, tujuan pengedaran itu bagi memastikan rakyat celik maklumat mengenai dasar Pakatan Rakyat sebagaimana yang terkandung di dalamnya.
“Kerajaan Umno BN memfitnah Pakatan Rakyat dalam banyak isu dan pada masa sama enggan memberi peluang kepada kami menerangkan dasar parti di media arus perdana.
“Oleh itu, KEADILAN Cabang Seremban menerbitkan sendiri Buku Jingga demi memastikan rakyat mendapat maklumat secara adil dan benar,” katanya.
Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat menegaskan, buat masa ini, sasaran edaran hanya kepada rakyat kawasan Seremban.
“Insya’allah jika ada sesiapa yang sudi membantu kita dari segi dana, kita akan cuba menerbitkan pula untuk edaran kawasan lain selepas berbincang dengan rakan Pakatan Negeri Sembilan,” tambahnya.
Exco Selangor angkat sumpah di hadapan Sultan pada 29 Mei baru-baru ini
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Exco Selangor angkat sumpah di hadapan Sultan pada 29 mei baru-baru ini
SHAH ALAM 29 Mei: Sepuluh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) mengangkat sumpah hari ini di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Mereka terdiri daripada empat wakil Pas, tiga dari KEADILAN dan DAP mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang.
Menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengetuai portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu.
Turut mengangkat sumpah ialah Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh yang dilantik sebagai speaker dewan.
Manakala Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai timbalan speaker.
Berikut senarai penuh anggota Exco Selangor:
Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (KEADILAN, Bukit Lanjan) – Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar
Dr Daroyah Alwi (KEADILAN, Sementa) – Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi
Rodziah Ismail (KEADILAN, Batu Tiga) – Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan
Ganabatirao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin
Ean Yong Hian Wah (DAP, Seri Kembangan) – Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram
Sallehin Mukhyi (Pas, Sabak) – Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa
Dr Halimah Ali (Pas, Selat Klang) – Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan
Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas, Sijangkang) – Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
Iskandar Abdul Samad (Pas, Cempaka) – Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Lapor penipuan PRU 13, serah salinan ke ibu pejabat KEADILAN
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Lapor penipuan PRU 13, serah salinan ke ibu pejabat KEADILAN
KUALA LUMPUR 29 MEI: Rakyat Malaysia diseru membuat laporan polis berhubung penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan menyerahkan salinannya ke ibu pejabat KEADILAN, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Ayuh ajak rakan-rakan dan ahli keluarga yang masih belum buat laporan. Masih ada masa. Laporan polis ini akan memperkuatkan lagi petisyen pilihanraya di mahkamah nanti,” katanya dalam laman facebook.
“Mereka silap. Usah dinafikan suara majoriti. Ribuan salinan laporan polis telah kami diterima. Rakyat tampil ke hadapan dengan berani menolak penipuan PRU13,” tambah Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Beliau turut menyiarkan format laporan polis dilaman Facebook untuk dirujuk dan menggalakkan orang ramai supaya menghantar salinannya ke siasatpru13@gmail.com atau faks ke talian 03-78850531.
Orang ramai juga boleh menghantar salinan laporan mereka melalui pos ke Ibu Pejabat KEADILAN di alamat A-1-9 Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor
Format laporan adalah seperti berikut:
Saya [NAMA PENUH], No Kad Pengenalan, [NO KAD PENGENALAN] telah mengundi pada PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi [NAMA DAERAH MENGUNDI], Parlimen [NAMA PARLIMEN] pada jam [JAM PAGI/PETANG]. Saya dapati dakwat itu tanggal sepenuhnya dari jari saya dalam tempoh 5 hari selepas dakwat itu dicalit.
Saya membuat lapoan ini untuk menyatakan dakwat itu tidak kekal. Ini bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia yang menyatakan dakwat itu kekal seperti peruntukan Undang-Undang Pilihanraya.
Ini adalah satu penipuan yang jelas oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sekian, terima kasih.
Rafizi yang mengetuai pasukan ‘Siasat PRU13′ kini dalam proses mengumpul bukti penipuan pilhan raya umum ke-13 di seluruh negara dan akan memfailkan petisyen pada 10 Jun, dua hari sebelum berakhirnya tempoh bantahan.
Antaranya jumlah undi dalam peti undi melebihi kertas undi yang dikeluarkan di Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan bekalan elektrik terputus di Pusat Kiraan Undi Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah.
KEADILAN akan memfailkan petisyen minggu depan bagi mencabar keputusan PRU-13 di 29 kerusi Parlimen berhubung kepincangan yang berlaku dalam proses pengundian.
“SPR sehingga kini masih gagal menjawab isu blackout. Sewajarnya tampil mohon maaf, akui kesilapan dan adakan siasatan menyeluruh. Mohon kawan-kawan bantu sebarkan penipuan PRU-13 dan pembohongan mereka,” kata Rafizi.
KDN jangan peralat polis, fokus tangani jenayah
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
KDN jangan peralat polis, fokus tangani jenayah
KUALA LUMPUR, 31 MEI: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa tidak memperalat pasukan polis bagi tujuan politik dan memberi kebebasan kepada institusi menangani isu jenayah, kata ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
“Biarkan polis tumpu pada kerja sebenar mengawal jenayah kekerasan dan sebagainya, Bukannya buang masa untuk tarik ahli politik atas tindakan politik yang berhak mereka lakukan.
“Jangan peralat dan perguna pihak polis. Ini adalah pegawai-pegawai kanan yang terpaksa buang masa atas arahan yang menyeleweng,” kata Sivarasa pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN semalam.
Beliau hadir untuk disoal siasat di bawah Akta Pehimpunan Aman 2012 berhubung kehadirannya dalam himpunan solidariti Adam Adli pada 22 Mei lalu.
Pada malam tersebut, seramai 18 orang, termasuk pembantu peribadi beliau, Peter Chong ditahan ketika berhimpun di hadapan lokap Balai Polis Jinjang.
“Saya tidak faham mengapa saya dipanggil untuk soal siasat sedangkan segala yang berlaku pada malam itu disaksikan puluhan anggota polis, malah sudah pasti ada rakaman video mengenainya, semua ini polis sudah sedia maklum.
Dalam pada itu, Sivarasa berkata, beliau tidak dimaklumkan sama ada akan dipanggil semula untuk siasatan atau pendakwaan.
Beliau disoal siasat kira-kira satu jam ditemani peguam G. Sivamalar.
Nurul Izzah pertimbang tindakan undang-undang terhadap Musa Aman
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Nurul Izzah pertimbang tindakan undang-undang terhadap Musa Aman
(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA, 31 MEI: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kerana menyalahguna kuasa dan menghalangnya beliau ke negeri itu.
“Saya akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Menteri untuk menuntut penjelasan beliau,” kata Nurul Izzah pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.
“Saya juga sedang berbincang bersama ahli parlimen Penampang, Darell Leiking serta rakan peguam di Sabah untuk mempertimbang tindakan undang-undang terhadap Musa dan kita akan failkan di Kota Kinabalu,” katanya lagi.
Izzah tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu petang semalam untuk menghadiri sambutan Hari Kaamatan anjuran KEADILAN Sabah.
Beliau bagaimanapun ditahan oleh pihak Imigresen atas arahan Pejabat Ketua Menteri lalu kad pengenalannya diambil sehingga beliau diiring masuk ke dalam pesawat.
Lantik wanita sebagai Speaker, Pakatan cipta sejarah- Hannah
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Lantik wanita sebagai Speaker, Pakatan cipta sejarah- Hannah
(Oleh: Aisha Geofrey)
SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyifatkan perlantikan beliau sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor penggal ini sebagai satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, sejarah itu tercipta ekoran beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah perundangan Malaysia dilantik sebagai speaker DUN.
“Pakatan sekali lagi mencipta sejarah dengan mencalonkan Speaker wanita yang pertama dalam badan perundangan di Malaysia,” katanya yang terharu dengan perlantikan tersebut.
Katanya, beliau turut berbangga kerana Pakatan Rakyat di Selangor berjaya mengangkat darjat wanita dalam perkhidmatan awam.
“Pakatan telah membuktikan komitmen mereka dalam memperjuangkan hak kesaksamaan malah dijelaskan lagi dengan pemilihan empat Exco wanita dalam pentadbiran Selangor,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu beliau juga merakamkan penghargaan kepada pimpinan Pakatan yang meletak kepercayaan kepada pemimpin muda seperti beliau dan Timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Dengan memilih pemimpin muda seperti saya dan Nik yang usia kurang 35 tahun, Pakatan menunjukkan keyakinan mereka kepada anak muda untuk terus membangunkan sistem demokrasi di Malaysia,” katanya.
Saifuddin dibawa masuk ke Selangor? - Keadilandaily
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Saifuddin dibawa masuk ke Selangor?
KUALA LUMPUR 28 MEI: Suatu rombakan akan dilakukan dalam pentadbiran Selangor dalam masa terdekat dan akan menyaksikan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dibawa masuk ke dalam pentadbiran negeri dan dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab menjaga hubungan politik parti komponen Pakatan Rakyat, menurut sumber.
Lapor Sinar Harian hari ini, sumber juga memberitahu, persetujuan antara Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah dicapai dalam satu perbincangan minggu lalu.
“Mungkin Rabu akan bincang rombakan kecil itu, Saifuddin akan jaga hal hubungan politik di Selangor serta untuk memantapkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” kata sumber kepada Sinar Harian.
“Beliau ditugaskan untuk gerakkan mobilisasi jentera ke kawasan luar bandar bagi mengatasi Barisan Nasional (BN) yang bersungguh-sungguh nak rampas Selangor semula pada PRU 14 nanti,” sumber itu dipetik.
Dikatakan, Saifuddin akan berperanan memberi wajah baru kepada Selangor supaya imej negeri ini lebih dikenali sebagai sebuah negeri Pakatan dan bukan lagi kubu kuat BN.
“Bukan saja ‘rebranding’ itu kepada kakitangan awam negeri bahkan kalau boleh bangunan kerajaan dan infrastuktur di Selangor pun dicat dengan warna lain, bukan lagi warna biru,” katanya.
Dalam PRU 13, Saifuddin tewas di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, Kedah di tangan Datuk Aziz Sheikh Fadzir, bekas Naib Ketua Pemuda Umno.
Sebelum itu, Saifuddin merupakan Ahli Parlimen Machang, Kelantan dalam penggal lalu.
Pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
KEADILAN menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN pula memenangi 12 kerusi.
Wednesday 29 May 2013
My BesTTTFrenD BiRtHdaYs!
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Nur Aisyah~
yeah...itulah nama kawan baik saya! By the way... Selamat Hari jadi .. Semoga panjang umo..dimurahkan rezeki.. dan dapat apa yang dihajati... Kita da mamam pizza tadi sampy kenyang.. then tgok movie.. wahaha.. movie yang bertajuk ' EPIC'
it a cartoon movie...really cute! if I have a chance.. Saya nak tengok lagi! ,,,,comel sangat~
Aisyah...
nama yg x lekang dari ingatan...
your my truly bestfren..
sentiasa ade time susah dan senang..
sentiasa backup and give me support in all my plan...
always make me feel n think positive.. that's why I like to ask anything even such an idiot question~
memang x ley berpisah ngan dia! gaduh adat persahabatan..kalau x gaduh.. x kenal kawan tu macam mana. kan2?
bak kata ayahnya....
aisyah...digelar rambutan dan saya pulasan...
ramai yang kata kami kembar...
since kecik lagi..ramai yg ingat kami kembar..
dan sehingga kini.. jawapan kami tetap sama..
'yup! kami kembar lain mak lain bapak!''
dari tadika..
kami satu sekolah...even x berapa rapat....
sekolah agama yang sama~ * bangga lahir di JB kerana ade sekolah agama! hehe
sekolah menengah yg sama ..dan kelas yg sama dr form1 sampy form3..
form4- dan form 5.. dah lain kelas =(
berkongsi masalah..
suka dan duka
berkongsi cerita..gossip...rahsia..
seriusly,
saya tak boleh bayangkan kalau dia xde ngan saya...
x perfect hidup...
duduk ngan dia..kalau x ketawe..x sah la kan..
even kadang2 kami berdua.. tgok muka masing2 pun kami boleh ketawe...
kaulah sahabat aku dunia akhirat...
aku sayang kau sangat2...
kau selalu ada untuk aku..
setiap masa...waktu suka...
waktu duka.. waktu aku perlu seseorang untuk luah semuanya...
kau sentiasa ada...
kau da macam keluarga aku sendiri..
da macam kembar aku..
Kite kan pulasan dan rambutan!
kadang2.. aku cuba sembunyikan perasaan sedih aku dari kau..
tapi kau lebih tahu hati aku...
kau mampu buat aku happy balik ..
bile kau ade dengan aku...
semua yang berat .terase ringan...
(tapi jgn suruh aku angkat berat yg org bina muscle tu sudahla...hehe)
kaulah sahabat aku dunia akhirat!
jangan lupe aku nanti da kawen~
Khas For You My Best Frend Lillahi~

Monday 27 May 2013
Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka, jika SPR tak letak jawatan
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Jutaan rakyat ke Dataran Merdeka, jika SPR tak letak jawatan
KUALA LUMPUR 27 MEI: Pakatan Rakyat akan menghimpunkan jutaan rakyat ke Dataran Merdeka jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak meletakkan jawatan.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, jika tidak ditunaikan Pakatan Rakyat akan menganjurkan lebih banyak himpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak tumbang.
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidakditunaikan,” kata Mohamad, lapor Malaysian Insider.
“Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur,” katanya dalam himpunan Black505 di Tapah, Perak malam tadi.
Tegas Mohamad, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi.
“Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta?
“Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi,” katanya disambut sorakan ribuan hadirin yang berpakaian hitam.
Mohamad turut mengingatkan pasukan keselamatan, polis dan tentera agar bersikap profesional dan menjaga keselamatan rakyat.
“Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat. Jika gugur sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah kalah.
“Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini,” tegasnya.
Air Sungai Darah Yangtze
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Sungai Yangtze di China merupakan sungai ke tiga terpanjang di dunia dan terpanjang di China awalnya bertukar warna menjadi merah-keorenan kemudian menjadi merah .Warna merah yang terhasil ini kemungkinannya berpunca daripada mendapan pasir yang dibawa ketika banjir besar yang melanda China baru-baru ini.

Buat makluman pembaca ,ini bukan kali pertama sungai di China bertukar ke warna merah,sebelum ini Sungai Jian juga bertukar ke warna merah akibat daripada mendapan sisa bahan kimia yang dibuang ke dalam sungai tanpa kawalan.Pihak berkuasa Alam sekitar China Chongqing bertegas dengan pernyataan “bahan kimia” bukan menjadi penyebab utama Sungai Yangtze bertukar warna.Dan sehingga hari ini kerja-kerja pengawasan tahap pencemaran Sungai Yangtze masih berjalan dan rumusan rasmi penyebab pencemaran sungai ini masih lagi dalam siasatan. Fenomena Misteri Air Darah telah menggemparkan rakyat China. . Pelbagai persoalan timbul, namun ia tetap menjadi misteri.
Berikutan Fenomena Misteri Merah darah Sungai Yangtze, beberapa kilang perindustrian di hulu Sungai Yangtze berhenti beroperasi bagi memberi laluan kepada pihak tertentu menyelesaikan misteri air darah tersebut. Sungai Yangtze yang dahulu digelar “golden waterway” tidak seperti biasa. Golongan tua setempat tidak henti-henti berdoa, bagi mereka bila aliran air bagaikan darah, mungkin ia lebih sesuai digelar “Sengai Neraka”. Penduduk berharap, dengan campur tangan pihak berkuasa dan kumpulan pecinta alam, Misteri Air Darah ini dapat diselesaikan dengan segera.
p/s : cantik juga kalau ianya warna asal tapi tengok lama-lama seram plak.. -_-
Sunday 26 May 2013
Ustaz Azhar Idrus Selamat Diijabkabulkan dengan Isteri Ke-3 beliau... Mabrook Ustaz!
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
~ barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma ~
selamat pengantin baru kpd Ustaz Azhar Idrus (UAI) kerana baru selamat diijab kabul dgn isteri ketiga beliau ,, semoga dpt meramaikan keturunan beliau kelak (^_^)

moga dengan perkhawinan ini... beliau mendapat zuriat dan dapat meramaikan lagi umat nabi muhammad s.a.w. dan . moga semua anaknya dapat menjadi sepertinya..
seorang ustaz yang mampu menarik minta ank muda untuk mendalami ilmu allah ,al-quran dan agama yang dibawa oleh nabi muhammad s.a.w
Insyaallah
p/s : lelaki yang kat luar tu.. nak berpoligami boleh..tapi pastikan dapat adil.. duit cukup(berkemampuan).. ada agama... Insyaallah..wanita pasti member keizinan untuk ada berpoligami... ;)
BENAR ATAU TIDAK SUMPAH SAIFUL BUKHARI? HANYA ALLAH YANG TAHU KESAHIHANNYA~
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful. Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya. Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa. Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan.
Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak, di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang. Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising. Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii.
UPDATED!!
P/S : Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah kebenaran kepada semua rakyat Malaysia. Amin.
Assalamualaikum w.b.t
Dah tengok video Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di depan Kaabah. Video tersebut pada 9 April 2012 tetapi baru dipublish di youtube sempena lagi 3 hari akan mengundi. Firstly aku tengok, wahh biar betul. Kalau betul Saiful Bukhari betul, harap kebenaran akan menjelma bagi pihak beliau. Tetapi kalau tidak benar, aku harap ALLAH melaknat dia kerana mempersendakan kekuasaan ALLAH S.W.T.
Aku tak sure sama ada aku akan ditangkap atau tidak kalau aku buat pendedahan yang aku rasa aku betul. First aku tengok, memang aku percaya video nie benar sebab video bewarna dan mempunya suara. Tak macam video-video UMNO/ BN buat yang video lucah. So aku pon tengok berulang-ulang kali untuk trace wajah muka Saiful samaada terdapat perbezaan tone. Ada sedikit. Oh it tdak boleh dijadikan bukti. Then ada something aku rasa tak kena.
Cuba perhatikan pada minit 1.03 saat.
Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful. Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya. Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa. Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan.
Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak, di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang. Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising. Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii.
UPDATED!!
Video Saiful Sumpah Guna Teknik 'Chroma Key'?
P/S : Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah kebenaran kepada semua rakyat Malaysia. Amin.
SAIFUL BUKHARI SELAMAT DINIKAHKAN DENGAN NIK SURYANI~
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Assalamualaikum w.b.t
KUALA TERENGGANU 25 Mei - Selepas kira-kira lapan bulan menjalin pertunangan, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 28, yang terlibat dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman, 33, di Masjid Kristal, Pulau Wan dekat sini hari ini.
Mohd. Saiful sah menjadi suami kepada personaliti TV3, Nik Suryani dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang disaksikan kira-kira 100 orang termasuk ibu bapa kedua mempelai serta rakan rapat mereka.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh jurunikah negeri, Datuk Ismail Ali pada pukul 3.30 petang 25 May 2013 dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM 41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang.
Mohd. Saiful yang mengenakan persalinan berwarna putih sedondon dengan Nik Suryani dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu.
Pada sebelah malam, majlis resepsi pengantin perempuan pula diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man malam semalam sementara resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 2 Jun depan.
P/S : Alhamdulillah dah selamat. Nanti jangan ajar bini bersumpah plak. :-p
Reformasi politik: PKR tuntut BN bersama 'suara majoriti'
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Reformasi politik: PKR tuntut BN bersama 'suara majoriti'
KONGRES PKR Sebagai suara majoriti rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut agar kerajaan BN bersama-sama dengan parti itu melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum mengadakan rekonsiliasi politik.
Menurut Wan Azizah, tawaran yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rekonsiliasi politik sebelum ini dilihat tidak ikhlas apabila terdapat pemimpin BN yang meminta agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya berpindah ke luar negara.
"Tawaran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibuat selepas kemenangan palsu PRU13 agar mengadakan
rekonsiliasi terbukti tidak ikhlas apabila ada pemimpin BN yang angkuh dan sombong mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya negara supaya berpindah ke negara lain.
"Apakah pemimpin BN tersebut mahu 51 peratus rakyat Malaysia berpindah ke negara lain?
"Oleh yang demikian sebagai suara majoriti rakyat kita akan terus menuntut kerajaan minoriti BN bersama-sama kita untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi melalui reformasi politik yakni reformasi pilihan raya dan reformasi Parlimen sebelum menawarkan rekonsiliasi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian bagi hari kedua Kongres Nasional PKR kali ke-9 di Petaling Jaya.
PKR, bersama-sama dengan PAS dan DAP di bawah Pakatan Rakyat,memperolehi 51 peratus undi popular tetapi hanya menang 40 peratus kerusi Parlimen berbanding BN yang hanya mendapat 47 peratus undi popular tetapi menang 60 peratus kerusi.

Sebelum ini, Najib menawarkan rekonsialisasi politik selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang menyebelahi BN.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke negara lain.
Sementara itu, dalam ucapan sama, berikutan wujudnya dakwaan lebihan kertas undi serta pemberian kad pengenalan kepada warga asing, Wan Azizah turut mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diperluaskan ke seluruh negara.
"PKR dengan ini mencadangkan supaya ditubuhkan satu RCI bagi menyiasat projek pemberian kad pengenalan sepertimana yang terbukti berlaku di Sabah agar diperluaskan ke seluruh negara," katanya lagi.
Wan Azizah jua menggesa kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan "kerana bukan sekadar gagal menjamin proses pilihan raya yang bersih dan adil, malah terlibat dalam jenayah penipuan bagi pihak Barisan Nasional".
Beliau berkata hanya satu daripada lapan tuntutan kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH yang dilaksanakan SPR, iaitu dakwat kekal, yang berakhir dengan kegagalan.
Wan Azizah berkata parti itu tetap komited kepada perhimpunan Black 505 di seluruh negara bagi membantah dakwaan penipuan pilihan raya.
Beliau berkata sebilangan besar orang muda menghadiri perhimpunan tersebut dan beliau menyifatkan golongan itu sebagai generasi harapan masa depan.
Wan Azizah berkata, penangkapan dan pendakwaan Adam Adli baru-baru ini menunjukkan kerajaan BN takut kepada orang muda yang berani bercakap kebenaran dan menentang penipuan pilihan raya.

Saturday 25 May 2013
suara rakyat suara keramat 505 petaling jaya.. live~
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
LIVE FROM AMCORP MALL, PETALING JAYA, 25 MEI 2013
http://mobtv.my/index.html
LIVE FROM AMCORP MALL, PETALING JAYA, 25 MEI 2013
http://mobtv.my/index.html
Tuntutan pengerusi SPR letak jawatan wajar – Wan Azizah
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Tuntutan pengerusi SPR letak jawatan wajar – Wan Azizah
PETALING JAYA 25 Mei: Desakan agar pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan adalah wajar kerana gagal menjamin pilihan raya bersih dan adil pada PRU 5 Mei lalu, kata Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malah katanya, SPR turut bersubahat secara langsung dalam jenayah penipuan bagi BN, sekaligus mengkhianati amanah rakyat.
“Justeru kita akan terus menuntut agar kepimpinan SPR meletak jawatan! Tuntutan rakyat yang disuarakan oleh BERSIH ternyata tidak dilaksanakan sepenuhnya.
“SPR bukan sekadar gagal menjamin proses pilihanraya yang bersih dan adil, malah terlibat pula secara langsung dalam jenayah bagi pihak BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan dasar Presiden di Kongres KEADILAN kali ke Sembilan di Dewan Sivik MBPJ Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan anggota, jentera dan pimpinan parti di pelbagai peringkat memperkukuh dan memperkuatkan KEADILAN dari semasa ke semasa serta mengumpul bukti penipuan PRU kepada rakyat.
“PRU13 mengajar kita bahawa penipuan berlaku secara sistematik dan berseluasa, maka tumpuan kita kini adalah untuk mendedahkan penyelewengan PRU kepada rakyat.
“Pada masa sama, adalah amat kritikal agar program pemantapan pimpinan, organisasi, jentera parti dan keanggotaan diperkukuh demi menjana kemenangan dalam masa terdekat.
“Dengan meluncur sehati, sejiwa, barulah kita mengecapi kemenangan,” katanya lagi.
Kebangkitan rakyat berlaku sejak 15 tahun lalu – Shamsul
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Kebangkitan rakyat berlaku sejak 15 tahun lalu – Shamsul
(Oleh: Masdar Wahid)
PETALING JAYA 25 Mei: Kebangkitan rakyat bukan hanya berlaku pada masa ini, sebaliknya telah bermula sejak era reformasi 15 tahun lalu, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Sekarang ini BN takut dengan istilah ‘Malaysia Spring’ sedangkan kebangkitan rakyat berlaku sejak 15 tahun lalu hingga kini tanpa henti.
“Begitu juga pada siri himpunan Bersih 1,2,3 serta beberapa siri himpunan rakyat dan kini Black 505 dengan slogan Suara Rakyat Suara Keramat di seluruh negara,” katanya pada sesi penggulungan dan ucapan penangguhan di Kongres Nasional KEADILAN ke 9 di Petaling Jaya hari ini.
Dalam pada itu, Shamsul turut mengingatkan anggota dan pimpinan parti agar mengukuhkan semangat setiakawan dalam parti reformasi itu.
“Saya bersetuju dengan kenyataan wakil Negeri Sembilan, T. Kumar bahawa parti ini bukan parti pilihan raya kerana parti ini adalah parti reformasi yang dibentuk kerana semangat keanggotaan tanpa melihat pangkat dan status seseorang,” katanya yang berjaya menumbangkangkan Ketua Menteri Melaka pada PRU lalu.
Anwar akan mulakan laporan polis terhadap SPR
Selamat datang ke blog eina~
Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....
Anwar akan mulakan laporan polis terhadap SPR
(Oleh Masdar Wahid)
PETALUNG JAYA, 25 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan laporan polis berhubung penipuan pilihan raya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
“Saya sendiri akan membuat laporan polis di Permatang Pauh Isnin ini kerana saya mengundi di sana,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional KEADILAN ke-9 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.
Beliau mengingatkan anggota parti di semua peringkat memfokuskan pada pengumpulan bukti berhubung penipuan pilihan raya dan membuat laporan polis mengenainya selewat-lewatnya Isnin ini.
“Kita hendak selesaikan dahulu PRU ke 13 ini, barulah cerita mengenai PRU-14. Kita semua tahu memang berlaku penipuan pilihanaraya yang turut dibantu secara langsung oleh pimpinan SPR,” katanya.
Kata Anwar, perkara paling mudah dalam kandungan laporan polis ialah berhubung dakwat yang tidak kekal dijari semasa berlangsungnya pengundian dalam piliha raya umum lalu.
Berdasarkan nasihat peguam kata Anwar, jumlah laporan polis yang kecil akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang kini diusahakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Sebab itu semua pimpinan setiap negeri dan cabang mesti membuat laporan polis beramai-ramai bermula esok atau selewat-lewatnya Isnin ini,” tegas Anwar.
Subscribe to:
Posts (Atom)