Saturday 25 October 2014

Hapuskan Cukai Eksais, Kempen Turunkan Harga Kereta

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....


Minggu ini, KEADILAN telah mendedahkan dalam perbahasan Belanjawan bahawa Kerajaan Persekutuan dijangka akan mengutip RM17.3 bilion cukai-cukai, lesen dan bayaran pendaftaran berkaitan pemilikan dan penggunaan kenderaan di negara ini bagi tahun 2014. Cukai-cukai kenderaan yang terbesar adalah cukai eksais (RM8 bilion), cukai jualan (RM4.5 bilion), duti import (RM1.1 bilion) dan lesen kenderaan (RM2.4 bilion).

Jumlah kutipan cukai-cukai kenderaan berjumlah RM17.3 bilion ini menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang mengenakan cukai tertinggi ke atas pemilikan dan penggunaan kereta dan kenderaan. Cukai-cukai ini juga secara langsung menaikkan harga kereta, kenderaan, alat gantian dan lain-lain sehingga menjadikan bayaran ansuran kereta bulanan dan penyenggaraan kereta menjadi salah satu tanggungan yang terbesar oleh setiap isi rumah di negara ini.

Selama ini, Kerajaan Persekutuan memberi alasan cukai-cukai yang tinggi ke atas pemilikan dan penggunaan kenderaan ini adalah wajar kerana kerajaan menanggung subsidi petrol dan diesel yang tinggi setiap tahun. Menteri-menteri berhujah bahawa kos keseluruhan operasi kenderaan (bayaran pemilikan dan kos petrol dan diesel) adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain.

Oleh kerana dua kenaikan harga minyak dalam tempoh setahun (20 sen dalam September 2013 dan 20 sen awal Oktober 2014), jumlah subsidi petrol dan diesel yang ditanggung oleh kerajaan berkurangan dengan mendadak. Bagi tahun 2014, Kerajaan Persekutuan diunjurkan menanggung subsidi petrol dan diesel sebanyak RM13.7 bilion.

Jumlah ini adalah lebih sedikit berbanding dengan cukai-cukai yang dibayar oleh rakyat kepada kerajaan untuk menggunakan kereta dan kenderaan iaitu RM17.3 bagi tahun 2014.

Oleh kerana kerajaan tidak lagi menanggung subsidi yang besar untuk petrol dan diesel, maka alasan cukai-cukai kenderaan yang tinggi dikenakan tidak lagi boleh dipakai.

Oleh itu, KEADILAN akan menghidupkan kembali kempen #turunkanhargakereta yang berjaya menekan Barisan Nasional sebelum Pilihanraya Umum 13 dahulu untuk menjanjikan penurunan harga kereta sebanyak 30%. Sehingga kini, janji itu belum lagi dipenuhi atau belum ada langkah-langkah pun ke arah itu.

Kempen #turunkanhargakereta kali ini adalah lebih menyeluruh untuk meliputi perkara-perkara berikut:

1. Desakan supaya cukai eksais ke atas kereta dihapuskan secara berperingkat menjelang tahun 2017;

2. Desakan supaya alat gantian dan keperluan kereta/kenderaan tertentu dikenakan GST pada kadar sifar;

3. Kajian pasaran dan harga munasabah akan dijalankan untuk melihat margin keuntungan dan kos alat-alat gantian yang dikenakan terhadap pengguna;

4. Desakan supaya lesen-lesen dan yuran tertentu berkenaan penggunaan kenderaan/kereta dihapuskan;

5. Desakan supaya satu sistem Bus Rapid Transit (BRT) diwujudkan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Baru menjelang 2017

Kami yakin Barisan Nasional tidak lagi ada alasan untuk terus mengenakan cukai-cukai yang tinggi ke atas pemilikan dan penggunaan kereta/kenderaan yang menjadi punca keberhutangan rakyat selama ini.

RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agong/Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

WONG CHEN
Pengerusi Biro Perdagangan dan Industri KEADILAN
Ahli Parlimen Kelana Jaya

posted on 15 Oktober 2014

Monday 31 March 2014

Bila dah cuti :(

Assalamualaikum....

Monday  bluesssssss..huwarghh.. Terasa malas nak pi kerja.. Terasa malas untuk segalanya.. Bila dah cuti seminggu.. Haa..lagu ni la.. Adess... Rasa macam tak nak pi kerja je..  Tapi rindu dah dengan semua budak tu..

Saturday 29 March 2014

Muhammad :) ^^v

Assalamualaikum....

Happy bila jumpa dia.. Allah.. Dia masih berbau syurga... Suka sangat cium dia! Suka sangat bau dia! Dan suka sangat tengok mata dia! Hahaha..

Friday 28 March 2014

Having a great time with all of you

Ehem2!
Assalamualaikum..

Bekerja sebagai assistant teacher di REAL International School dan berkenalan dengan mereka tersangatlah menjadi kenangan yang paling manis... Walaupun penat..bila teringat wajah mereka ..allah.. Rindu pulak...

Bila ada masalah..rasa macam tak nak kerja hari tersebut..tapi gagahkan jugakla diri ni pergi kerja..tetapi..bila dah sampai tempat kerja..hilang semua masalah.. Miracle of children~

Sebulan da habis..hanya tinggal lagi sebulan je aku perlu kerja kat sana..  Allah..tabahkanlah hati aku untuk meninggalkan mereka semua.. Pasti akan aku rindui gelak tawa mereka... Gelagat mereka.. Kuatkanlah hati ini untuk meninggalkan mereka..sayang sungguh aku kat diorang!

Muhammad :)

Assalamualaikum!
Haaa..  Sehat kah ekau semua?
Cukup 12 anak sodara den dengan hadirnya muhammad... Tanggal 9.3.2014,anak sodaro den cukup sedozen..hahaha!!

Nama: muhammad bin harun

Nama rasulullah! Bangga bila panggil dia..moga akhlaknya juga mencontohi rasulullah kelak..insyaallah amin!

Berat : 4.57 kg

Besar gilakk!!! Sejarah dalam family den baby paling besar setakat ini. Hahaha... Family book of record.. ^^v

Moga dengan hadirnya muhammad junior ini ..hubungan keluarga akan bertambah erat.. Dan semoga dia akan menjadi orang yang brguna pada orang sekelilingnya kelak dan dapat mnjaga ibu bapanya dengan baik.. Amin!!

Chow dulu guys~ see uols in the next post!

Thursday 27 March 2014

MH370: Kenapa kesimpulan selepas 12 hari?

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....



  Pemasaan perdana menteri mengumumkan lokasi terakhir MH370 di Lautan Hindi malam tadi menjadi persoalan dalam sidang media oleh pihak berkuasa Malaysia hari ini.

Wartawan China mempersoalkan kenapa Malaysia membuat kesimpulan itu hanya dibuat malam tadi walaupun data satelit dikatakan diperoleh sejak 12 Mac.

Pasukan siasatan berkata, mereka tiada niat menangguhkan dan masa itu diperlukan untuk membuat analisis dan mengukuhkan bukti.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, data satelit sahaja tidak konklusif seperti ditunjukan ketika kajian ditumpukan di Laut China Selatan.

“Kami terima data satelit dari China yang menunjukkan (serpihan) di Laut China Selatan (dan) mengarahkan semula pencarian kami di kawasan yang sudah dibuat, dan ia negatif,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman menambah, data satelit yang diterima pada 13 Mac perlu dianalisis, ia satu-satunya siri "handshake" – isyarat antara pesawat dan satelit.

Waris di China protes di kedutaan Malaysia- sumber malaysiakini

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan syarikat penerbangan itu dan menuduh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur "berbohong".

Laporan Reuters menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan menunjukkan kain rentang.

Polis pula membentuk rantaian manusia di luar kedutaan itu, bagi menghalang mereka merapati bangunan kedutaan tersebut.

Terdapat juga ahli keluarga mangsa memegang poster yang menyebut: "MH 370, Jangan biarkan kami menanti terlalu lama" dan "1.3 bilion rakyat menunggu sambut pesawat itu".

Mereka juga memakai t-shirt yang tertulis: "Yang terbaik buat MH370, pulanglah dengan selamat."

"Kami menunggu sejak 18 hari lalu dan kini masih lagi menanti. Berapa lama lagi kami perlu bertahan," kata seorang wanita Zhang kepada agensi berita itu.

Kumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati itu pada awalnya berhimpun di sebuah hotel di bandar itu sebelum berarak ke bangunaun kedutaan.

Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana “terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran.”

“Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh “Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370”.

Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk “membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga.”

Sementara itu, rangkaian TV China CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut.

"Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.

Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.

CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin

Tuesday 25 March 2014

Keputusan SPM Dah Keluar! Terima Kasih Cikgu!

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Allahu allah..
terasa lama dah tak mengupdate blog....

so...
assalamualaikum!!
semoga korang sehat sentiasa hendaknya...

cerita pasal result ni...  result aku biasa2 je....
4A 2B je....
balik kerja dah pukul 12.40 ptg.. (aku kerja sebagai cikgu di REAL INTERNATIONAL SCHOOL) ..guru tadika....so...dari sekolah tempat aku kerja tu aku terus ke sekolah di mana tempat aku belajar dulu.....kawan-kawan ramai dah balik..yang ada hanya rozera temani aku kat bilik guru...

sementara tunggu cikgu mok a.k.a guru kelas aku time form5 dulu... aku berjumpa dengan guru-guru yang lain.. ustazah aidawati(ustazah agama islam semasa aku tingkatan 1)..jumpa dengan guru bahasa inggeris ketika aku tingkatan 4 dan 5..miss chia lee chuan... ketika aku sedang jumpa dengan cikgu salwani...mr mok panggil aku sambil tanya nak result ke tak nak.. hahaha!! aku dengan selamba nye jerit nak dalam bilik guru tu..ok baru sekarang terasa malu! hahahaha!!

keluar dari bilik guru..jumpa dengan ustazah wan teh hasanah,, guru agama islam aku ketika tingkatan 5...gembira sangat dapat jumpa dengan dia..allah.. tak tahu mengapa rasa  happy sangat dapat jumpa dengan ustazah... terasa malu bila ustazah tanya yang aku ni da tunang ke? ,, mula-mula pelik kenapa ustazah tanya macamtu..rupanya disebabkan cincin emas di jari aku..hahaha!! ok..let me explain.. cincin tu mak den yang suro den pakai..jadi den pakai jo la.. hahahah.....

happy sangat dapat pi sekolah balik  jumpa balik dengan cikgu-cikgu yang mengajar kita.. ustazah aidawati yang tahu aku kini seorang cikgu di sekolah tersebut .dia tanya.. senang tak jadi cikgu? dan jawapanku sudah pastinya tidak! bukan senang jadi cikgu... baru sekarang saya tahu susahnya cikgu mengajar ... lagikan saya ni mengajar budak-budak 4 tahun yang masih tidak tahu memegang pensel.. allah..sangat susah! itulah jawapanku.. dan dia tersenyum dan jawab.. ''allah..besar pahala awak tu.." ,, amin..moga dengan ilmu yang ku ada..dapatlah ku beri tunjuk ajar pada mereka detik hati aku....

buat guru-guru yang mengajar...terima kasih banyak-banyak..jasamu tidak mampu ku balas.. moga allah memanjangkan umur kalian dan memberikan kesihatan yang baik agar kalian dapat terus mendidik anak bangsa ke arah kecermelangan. moga doamu sentiasa mengiringiku yang baru ingin mengenali alam dewasa dan menceburi bidang yang baru untukku di tempat yang baru jauh dari kalian.. dan insyaallah...doaku sentiasa mengiringi mereka yang banyak membantuku.... terima kasih cikgu!

Lagu Khas Buatmu Guru
                        

Wednesday 15 January 2014

Kedudukan Universiti Negara Merosot, Kesan Besar Kepada Rakyat

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi tahun 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat.
Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:
Universiti
Kedudukan 2012
Kedudukan 2013
Universiti Malaya
156
167
Universiti Kebangsaan Malaysia
261
269=
Universiti Sains Malaysia
326
355=
Universiti Teknologi Malaysia
358
355=
Universiti Putra Malaysia
360
411-420
Universiti Islam Antarabangsa
401-450
501-550
Universiti Teknologi MARA
601+
701+
Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya daro tangga 358 (2012) kepada 355= (2013).
Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
1. Reputasi pencapaian akademik (40%)
2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%)
3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%)
4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%)
5. Keantarabangsaan pelajar (5%)
6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%)
Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat.
Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdayasaing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan. Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara.
Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan.
Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China.
Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr- Saunders. Pada tahun 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada tahun 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya (di Kuala Lumpur) dan NUS (di Singapura).
Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia.
Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya.
Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut:
1. Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan
2. Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia
3. Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya
4. Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan
5. Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia
Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.
Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
10 SEPTEMBER 2013

Turunkan Harga Kereta Dulu Sebelum Naikkan Harga Minyak

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan. Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.
Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.
Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak. Sebaliknya Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.
Sebenarnya, sebuah isirumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70% dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding
jumlah subsidi minyak yang diperolehi.
Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.
Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan
sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.
Ini bermakna, Barisan Nasional mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.
Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat. Lebih teruk apabila Barisan Nasional enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan.
Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR
Ahli Parlimen Pandan

Prestasi Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara Mengikut Penilaian PISA

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (atau “Programme for International Students Assessment” PISA) menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan negara-negara yang menyertai penilaian ini di belakang Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian ini.
PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh OECD (“Organisation for Economic Corporation and Development”) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.
PISA telah menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.
Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang baru diumumkan:

 
Matematik
Mata dicapai
Membaca
Mata dicapai
Sains
Mata dicapai
Singapura
573
542
551
Vietnam
511
508
528
Thailand
427
441
444
Malaysia
421
398
420
Indonesia
375
396
382
Purata mata negara-negara OECD
494
496
501

Ini satu keputusan yang sangat mengejutkan apabila terbukti mutu dan keberkesanan sistem persekolahan kita ternyata jauh ditinggalkan oleh Vietnam, sedangkan Vietnam pernah dimusnahkan di dalam peperangan dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia.
Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah. Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain.
Sudah tentu menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad, infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil dari Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan sekolahnya sedemikian rupa.
Penerangan rasmi yang diberikan di laman Kementerian Pendidikan (rujuk http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/HOTs/Status%20Pencapaian%20Malaysia%20Dalam%20TIMSS%20dan%20PISA.pdf ) menggariskan faktor-faktor berikut yang menyebabkan keputusan PISA yang corot:
1. Sikap murid – ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Banyak soalan yang tidak dijawab
2. Format soalan – soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan rajah dan jadual
3. Keutamaan guru – Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk menghafal terutamanya melalui latih tubi
Sementara saya menerima faktor-faktor tersebut dan bersetuju dengan post-mortem yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, ia jelas mengiyakan pandangan ramai pihak mengenai kelemahan sistem pendidikan yang ada sekarang. Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan/naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek.
Tindakbalas Kementerian Pendidikan yang memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar dari matlamatnya dan berbeza dari pelaksanaan di negara-negara lain. Akibatnya, guru-guru pula dibebankan dengan tugasan mengisi borang dan kerja-kerja birokrasi yang lain sehingga mengurangkan lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman.
Sebab itu, keputusan PISA yang meletakkan Malaysia sebagai negara kedua tercorot di Asia Tenggara sewajarnya mengejutkan dan meyakinkan kita bahawa sistem pendidikan sekolah yang ada sekarang tidak berjaya mempersiapkan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan serantau.
Saya menyeru supaya Menteri Pendidikan menerima hakikat ini dan mengambil langkah-langkah berikut:
1. Menggantung pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk ditambahbaik dengan mengambil kira masalah-masalah yang disebut oleh Kementerian Pendidikan mengenai kepincangan sistem pendidikan sekolah
2. Mengubah sukatan mata pelajaran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya ia menekankan pemahaman konsep dan bukan mengingati fakta dan soalan latih tubi semata-mata
Walaupun Barisan Nasional menghabiskan ratusan juta membayar perunding asing untuk mendapatkan idea menaiktaraf sistem pendidikan, jelas sehingga kini tidak ada sebarang langkah berkesan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah-masalah umum sistem pendidikan negara.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
4 disember 2013