Tuesday, 21 May 2013

QARI FATEH SEFERAGIC



BACAANNYA..
SURAH MULK   =)

SEMANGAT ADAM ADLI TERPANCAR DI SETIAP WAJAH ANAK MUDA- BAPA (DIPETIK DARI KEADILAN DAILY)


Semangat Adam Adli terpancar di setiap wajah anak muda – Bapa

(Oleh Aisha Geoffrey)
JINJANG 21 MEI: Bapa Adam Adli, Halim Hamid berbangga dengan sikap juang anaknya dan terharu dengan sokongan anak muda yang hampir setiap hari turun bersolidariti di hadapan balai polis aktivis mahasiswa itu ditahan.
Halim hari ini melawat Adam di Lokap Berpusat Kuala Lumpur, dekat sini setelah direman tiga hari bermula Ahad lalu.
Adam  1“Beliau gembira sebab tinggal dua hari lagi beliau akan kembali bersama yang lain di luar sana. Pesan Adam teruskan berjuang, ini hanya permulaan,” kata Halim menyampaikan pesanan anaknya.
“Saya juga tidak kesal kerana saya nampak Adam di setiap wajah anak muda yang turut menyokong perjuangan ini,” kata Halim lagi kepada Keadilan Daily.
Beliau hadir ditemani peguam, Fadiah Nadwa Fikri, Murnie Hidayah Anuar dan Datuk S Ambiga.
Fadiah mempersoal tindakan pihak berkuasa yang menghalang beliau dan Halim untuk bertemu Adam secara terus.
Adam 3“Walaupun tiga peguam hadir, hanya seorang dibenarkan masuk, dan kita cuma dibenarkan bercakap melalui dinding kaca yang hanya ada lubang-lubang kecil untuk berkomunikasi,” jelas Fadiah.
“Susah sebab ini pengalaman pertama saya bertemu anak guam yang baru direman tetapi tidak boleh bercakap terus. Sedangkan dia belum disabitkan kesalahan atau melakukan jenayah berat untuk diperlakukan sebegitu,” katanya.
Menurut Fadiah, Adam masih dalam proses siasatan setiap hari sejak direman bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang.
“Kita pun tak faham kenapa perlu reman sampai lima hari, sedangkan bukti semua ada dalam video. Jika itu yang menjadi bukti kukuh bawa saja Adam ke mahkamah dan dibicarakan supaya beliau mendapat pembelaan,” tegasnya.
Fadiah turut menyifatkan penahanan Adam sebagai tindakan kerajaan untuk menekan rakyat supaya tidak bersuara dan melawan.
“Memang jelas ini satu cara untuk menghukum Adam dan memberi mesej kepada orang ramai bahawa jika kita bersuara inilah hukuman yang akan kita terima,” katanya.
Adam 2“Kita akan terus memantau dan bersolidariti sehingga Adam dibebaskan. Kita juga tidak akan senyap selagi akta zalim iaitu Akta Hasutan ini masih berkuatkuasa di Malaysia,” tegasnya.
Adam akan dibebaskan Khamis ini setelah ditahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan, Sabtu lalu, kerana dituduh menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan, sedangkan beliau
hanya menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya Malaysia yang dilaksanakan secara penipuan.

PENIPUAN DAKWAT KEKAL- DIPETIK DARI KEADILAN DAILY


Penipuan dakwat kekal, Pengerusi, Timbalan SPR patut didakwa

(Oleh Mohd Arif Juhani)
KUALA LUMPUR 20 MEI: NGO Jingga 13 mendesak Ketua Polis Negara (KPN) yang baru menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas jenayah menipu rakyat dalam kes dakwat kekal yang tidak kekal.
Koordinatornya, Fariz Musa berkata dalam kenyataan, polis sepatutnya menangkap dan mendakwa mereka berdua atas kesalahan jenayah menipu mengenai dakwat kekal yang digunakan pada dua hari mengundi ketika PRU ke-13.
lux“Pengerusi SPR beri alasan kononnya dakwat tidak kekal kerana petugas tidak menggoncang botol dakwat ketika hari mengundi awal anggota tentera pada 30 April lalu.
“Ini satu pembohongan kerana perkara yang sama masih berlaku pada 5 Mei dan inimenunjukkan dakwat yang dibeli SPR tidak berkualiti dan kekal seperti yang dicanang,” ujarnya mengesyaki wujud ketirisan dalam pembelian dakwat itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu juga kesal kerana tiada tindakan diambil walaupun banyak laporan polis dibuat berhubung isu dakwat tersebut.
“Kita desak supaya satu siasatan terperinci dilakukan berhubung isu dakwat itu kerana jutaan ringgit wang rakyat hangus membeli dakwat tidak berkualiti itu,” kata Fariz.
Katanya, tindakan pantas polis menahan blogger Milosuam, King Jason dan terbaru aktivis mahasiswa Adam Adli menunjukkan dwi-standard KPN baru kerana pada masa sama gagal bertindak terhadap Pengerusi dan Timbalannya yang  membazirkan wang rakyat bagi membeli dakwat kekal.

Saturday, 11 May 2013

Datuk Seri Anwar Ibrahim Idola Saya!! Ini Kalilah!

Datuk Seri Anwar Ibarahim Idola Saya!


Sebak rasa hati bila melihat kemenangannya dirampas oleh pihak tak bertanggungjawab. Walaupun begitu,dia tidak pernah berputus asa untuk menyenangkan rakyat..untuk mencari keadilan buat rakyat... saya yakin! dan pasti! Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat. Antara sebabnya ialah :

  • dia melalui apa yang rakyat lalui kerana dia juga rakyat yang melalui semua apa yang orang lain lalui..barang naik..harga minyak naik...semua naik..dia turut merasa.sebab itulah.dia inginkan perubahan kerana dia tahu yang negara kita mampu menurunkan harga minyak kerana kewangan yang mencukupi..tetapi mengapa kerajaan tidak menurunkan harga minyak..kerana duit sudah disonglap!
  • dia tahu selok-belok kerajaan dengan baik kerana suatu ketika dahulu dia pernah menjadi timbalan perdana menteri...tetapi dihumban dalam ISA kerana kerakusan seorang manusia yang gilakan kuasa...dia dihumban di dalam ISA tanpa ada salah dan silap. 
  • dia mampu menjaga kebajikan rakyat dan kesenangan rakyat.Bukti? negeri selangor~
  • Ilmunya yang tinggi
  • keadilan yang dibawa sama rata dan tidak melebihkan sesebuah kaum
  • pemerintahan akan berteraskan islam dengan timbalan perdana menteri...Ustaz Hadi Awang...
  • hudud akan dilaksanakan
  • duit rakyat yang macai makan akan dituntuk kembalikan semula pada negara
  • pendidikan free
  • beberapa check-up free
  • air 10 liter free







Doa orang yang zalim cepat dimakbulkan Allah..moga dengan doa kezaliman yang rakyat Malaysia hadapi sekarang ini akan menjatuhkan pihak yang bertanggungjawab...Amin..