Saturday, 25 May 2013

Blackout Petaling Jaya- 25 May 2013

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Leman Raja Lawak, Abby Abadi jadi tarikan


 

Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini.

Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

NONEPihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid 
Hamidi (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA.

Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - 
yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak.

Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin.

LAPORAN LANGSUNG
6.40pm: Pengacara majlis, aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee menggesa peserta yang berada di kawasan tengah padang agar tidak merokok demi keselesaan peserta wanita dan golongan lain yang tidak merokok.
6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan seniwati Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini.

Leman dalam ucapannya mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
"Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai.

6.22pm: 
Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang.
6.20pm: Timbalan ketua menteri Pulau PInang Rashid Hasnor ketika berucap mendakwa Pakatan telahpun memenangi pilihan raya umu ke-13 apabila meraih 51 peratus undi popular.
"Walaupun kita tewas, tapi sebenarnya kita menang," katanya.
Beliau juga meminta orang ramai agar terus menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Satu undi untuk Pakatan adalah satu undi bagi Anwar menjadi PM,katanya.
6.10pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin NONEPakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya.

Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam.
5.45pm: Seorang wakil dari NGO menuntut bayaran Royalti minyak kepada Kelantan dalam ucapannya menggesa agar SPR diletakkan di bawah tanggungjawab parlimen dan bukannya di bawah jabatan perdana menteri.
"Kami, anak muda Malaysia, mahu pilihan raya umum diadakan semula," katanya.
5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan.

NONE"Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai.

5.30pm: 
Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas.

5.27pm: 
Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap.
“Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta.
NONE5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan.

5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:
  • menuntut pemimpin SPR meletak jawatan.
  • menuntut pilihan raya diadakan semula di kawasan yang disyaki berlaku penipuan
  • menyokong tribunal BERSIH untuk menyiasat dakwaan kes penipuan pilihan raya.
Sementara itu, jumlah peserta semakin meningkat - kini dianggarkan 5,000 orang di kawasan padang.
4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah.Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya.
NONEPensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar.
Ditanya mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya.
Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan.
"Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya.

4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi.
NONEIndividu yang mengusahakan projek tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau akan menyerahkan nama berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menekan kerajaan agar mendengar tuntutan rakyat.
4.30pm: Kelihatan beberapa trak FRU yang melalui jalan dekat padang Dataran PJ.

Bagaimanapun, tidak ada anggota polis dilihat berhampiran padang.
azlan4.15pm: Jumlah orang berpakaian hitam semakin meningkat kepada ratusan orang, tetapi padang masih kosong. Sebaliknya, orang ramai berkumpul di sekitar gerai makanan di luar padang.

Kira-kira 50 peserta protes berbaris Persiaran Barat, melaungkan "Reformasi", "Hidup Rakyat" dan beberapa slogan lain.

Mereka menggesa kereta yang melalui jalan utama untuk membunyikan hon tanpa sokongan.

Pemimpin DAP, Hew Kuan Yau aka 'Superman' menjual baju-T yang memaparkan foto wajahnya bersama logo Superman. Dari masa ke semasa, penceramah popular itu diminta peminatnya untuk bergambar.

3.01pm: Kira-kira 100 orang kini berada di sekitar dataran tersebut, kebanyakannya berpakaian hitam dan mencari perlindungan dari pancaran panas matahari yang sekitar 33 darjah Celsius dengan yang terang.

Ada yang memilih untuk membeli-belah di Amcorp Mall yang berhawa dingin di seberang jalan, dengan berpakaian baju hitam perhimpunan Blackout 505.

suara rakyat rally 250513Setakat ini tidak kelihatan kehadiran kehadiran polis dan penganjur masih sibuk menyediakan pentas, tetapi laluan kaki lima di padang itu dan berhampiran stesen LRT Taman Jaya sudah dipenuhi gerai menjual makanan dan barangan.

Walaupun notis mempromosi perhimpunan itu - yang diedarkan melalui media sosial - termasuk amaran "Vuvuzelas diharamkan", tetapi ia masih dapat didengar.

suara rakyat 505 250513Beberapa penyokong juga telah berbaris di sepanjang jalan untuk melaungkan slogan politik, manakala pemandu yang lalu di situ turut membunyikan hon.

Lalulintas masih lancar di kawasan itu, tetapi jalan empat lorong di luar padang semakin sesak apabila lebih banyak kereta diletak di tepi jalan, memaksa trafik menggunakan hanya satu lorong di setiap arah.

Friday, 24 May 2013

PKR Mahu Suruhanjaya Baru Teliti Persempadanan Pilihan Raya - Malaysiakini

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....



PKR mahu s'jaya baru teliti persempadanan p'raya


 
PKR hari ini mahu sebuah suruhanjaya baru yang bebas, telus dan profesional dibentuk untuk meneliti urusan persempadanan kawasan pilihan raya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan semula yang didakwanya didalangi Umno dan dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.

NONE"Peranan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor-syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang ini. 

Dalam ucapannya yang bertajuk 'Laksana Satu Nyawa', Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata Boundary Commission for England diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun. 

Katanya, antara kriteria yang menjadi pertimbangan adalah electoral quota and 5% rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties. 

NONE"Garis panduan ini terkandung dalam Laporan Boundary Commission for England 2013.

"Justeru saya mencadangkan supaya Angkatan Muda dan Wanita supaya proaktif untuk memulakan usaha berbincang dengan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengesyorkan kewajaran persempadanan baru berasaskan etika demokrasi sebagai cadangan balas terhadap syor-syor persempadanan semula oleh SPR pada hujung tahun ini," katanya.
Dalam ucapannya juga, Azmin berkata parti itu mempunyai tempoh lima tahun lagi bagi membina kekuatan untuk memperkukuh organisasi dan struktur sebelum berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

NONEKatanya, persediaan parti tidak terbatas kepada gerak kerja pilihan raya sahaja, tetapi juga pembangunan parti secara menyeluruh yang melibatkan pembangunan kepimpinan, perkaderan, organisasi dan kewangan.

"Bagi merealisasikan hasrat ini, saya ingin mencadangkan penubuhan Institut Ta'dib Siyasi (Institute for Political Education) dengan tenaga pelatih yang wibawa, fasilitator yang tetap, kemudahan latihan yang berteknologi canggih serta sejumlah peruntukan yang dapat memenuhi keperluan institusi ini," katanya.

Menurut Azmin lagi, satu aspek yang juga penting dalam pembangunan parti adalah kewangan dengan memetik kata-kata pemikir strategi Von Clausewitz yang berbunyi: "war is an extension of politics by other means". 

NONE"Politik adalah sejenis peperangan. Dalam perancangan perang, terdapat dua unsur wajib; pertama persepsi dan kedua sumber. Dalam perang politik, kita perlu membina dan mengurus persepsi rakyat melalui manifesto dan komunikasi politik. 

"Tetapi segala ini akan menjadi 'lame duck' sekiranya kita tidak mempunyai sumber. Apakah kita mahu Keadilan menjadi 'lame duck' political party?" katanya.

Sehubungan itu bagi memastikan PKR terus relevan dan sejajar dengan aspirasi rakyat, Azmin menyeru parti itu perlu memperkukuh organisasi, menggilap idealisme dan citra perjuangan agar perjuangan parti terus meraih dokongan rakyat.

PKR dakwa ada undi tambahan dalam peti undi- Malaysiakini

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....


PKR dakwa ada undi tambahan dalam peti undi


 
PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di mana ia mendakwa terdapat lebih jumlah undi daripada kertas undi yang dikeluarkan.

NONEPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa di saluran dua pusat mengundi di SJK (C) Yu Chye, Borang 13 menunjukkan sejumlah 424 kertas undi telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya, selepas perjumlahan keputusan dibuat, Borang 14 menunjukkan sebanyak 562 undi dalam peti undi tersebut, lebih 138 undi daripada kertas undi apa yang telah dikeluarkan.

Menurutnya, dengan majoriti yang kecil dan jumlah undi rosak yang tinggi, maka keputusan di saluran dua, cukup untuk mengubah keputusan di kawasan parlimen Balik Pulau dan kerusi negeri di Telok Bahang.

Rafizi memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR pagi ini.

Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan- Malaysiakini

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....




Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan


Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

azlanMereka ditahan polis petang semalam. Polis kini perlu membuat
permohonan reman yang baru jika ingin terus menahan mereka.
Ashok memberitahuMalaysiakinibahawa pihak polis memohon tahanan reman selama tujuh hari.

Bagaimanapun, katanya, peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka membantah kerana pihak polis tidak menyediakan transkrip ucapan yang didakwa menghasut.

Tambahan pula, katanya, nama Haris dan Tamrin tidak ada dalam laporan maklumat pertama polis dan dengan itu mereka tidak perlu ditahan lagi.

"Kami mendapat tahu bahawa mereka mahu ketiga-tiganya kemungkinan sebagai saksi dan jika demikian, kami berhujah mereka tidak perlu berdepan dengan tahanan reman yang lama.

"Mereka bukannya suspek pembunuhan, dan jika suspek seumpama itu pun, mahkamah tidak membenarkan tempoh tahanan reman yang panjang," katanya.

Ashok berkata, akhirnya, majistret Norashikin Sahat mungkin memutuskan bahawa pihak polis sepatutnya telah melengkapkan siasatan mereka dan permohonan pihak berkuasa itu satu penyalahgunaan kuasa dan proses mahkamah.

Peguam Sivarasa Rasiah, Datuk S Ambiga, N Surendran dan Afiq M Noor mewakili Tian, yang juga naib presiden PKR, manakala Ashok, Pavendeet Singh, John Skelchy dan Adam Haris Ibrahim diwakili.

Tamrin diwakili peguam KA Ramu dan MV Nathan.

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, yang turut menghadiri majlis di KLSCAH itu, telah pun didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selepas ditahan reman selama lima hari.

NONEPengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) juga telah
didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) minggu lepas kerana membantu menganjurkan perhimpunan pertama pertama Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya.

Hari ini, dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su akan didakwa minggu depan di bawah APA berhubung penganjuran perhimpunan di Ipoh.