Wednesday, 15 January 2014

Turunkan Harga Kereta Dulu Sebelum Naikkan Harga Minyak

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan. Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.
Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia.
Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak. Sebaliknya Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.
Sebenarnya, sebuah isirumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70% dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding
jumlah subsidi minyak yang diperolehi.
Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan.
Bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan
sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.
Ini bermakna, Barisan Nasional mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.
Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat. Lebih teruk apabila Barisan Nasional enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan.
Saya akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi PKR
Ahli Parlimen Pandan

Prestasi Pendidikan Malaysia Kedua Tercorot Di Asia Tenggara Mengikut Penilaian PISA

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (atau “Programme for International Students Assessment” PISA) menunjukkan Malaysia menduduki tangga kedua tercorot di Asia Tenggara di kalangan negara-negara yang menyertai penilaian ini di belakang Singapura, Vietnam dan Thailand. Hanya Indonesia yang berada di belakang Malaysia di kalangan negara-negara Asia Tenggara yang turut serta dalam penilaian ini.
PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh OECD (“Organisation for Economic Corporation and Development”) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia. Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam 3 bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.
PISA telah menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.
Berikut adalah kedudukan Malaysia berbanding negara jiran dalam penilaian PISA 2012 yang baru diumumkan:

 
Matematik
Mata dicapai
Membaca
Mata dicapai
Sains
Mata dicapai
Singapura
573
542
551
Vietnam
511
508
528
Thailand
427
441
444
Malaysia
421
398
420
Indonesia
375
396
382
Purata mata negara-negara OECD
494
496
501

Ini satu keputusan yang sangat mengejutkan apabila terbukti mutu dan keberkesanan sistem persekolahan kita ternyata jauh ditinggalkan oleh Vietnam, sedangkan Vietnam pernah dimusnahkan di dalam peperangan dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia.
Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah. Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain.
Sudah tentu menjadi tanda tanya kepada kita bagaimana Vietnam yang sumbernya cukup terhad, infrastruktur kurang baik dan ekonominya lebih kecil dari Malaysia berjaya melonjakkan mutu pendidikan sekolahnya sedemikian rupa.
Penerangan rasmi yang diberikan di laman Kementerian Pendidikan (rujuk http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/HOTs/Status%20Pencapaian%20Malaysia%20Dalam%20TIMSS%20dan%20PISA.pdf ) menggariskan faktor-faktor berikut yang menyebabkan keputusan PISA yang corot:
1. Sikap murid – ramai murid yang turut serta tidak bersungguh-sungguh kerana menganggap penilaian ini tidak penting. Banyak soalan yang tidak dijawab
2. Format soalan – soalan PISA lebih berbentuk teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar. Soalan peperiksaan awam lebih ringkas dan berdasarkan rajah dan jadual
3. Keutamaan guru – Kebanyakan guru mengutamakan menghabiskan sukatan mata pelajaran dengan cepat dan tidak mengambil masa memahamkan murid dengan konsep. Banyak jalan pintas yang digunakan untuk menghafal terutamanya melalui latih tubi
Sementara saya menerima faktor-faktor tersebut dan bersetuju dengan post-mortem yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan, ia jelas mengiyakan pandangan ramai pihak mengenai kelemahan sistem pendidikan yang ada sekarang. Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan/naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek.
Tindakbalas Kementerian Pendidikan yang memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) pula jauh tersasar dari matlamatnya dan berbeza dari pelaksanaan di negara-negara lain. Akibatnya, guru-guru pula dibebankan dengan tugasan mengisi borang dan kerja-kerja birokrasi yang lain sehingga mengurangkan lagi masa untuk menerangkan konsep dan pemahaman.
Sebab itu, keputusan PISA yang meletakkan Malaysia sebagai negara kedua tercorot di Asia Tenggara sewajarnya mengejutkan dan meyakinkan kita bahawa sistem pendidikan sekolah yang ada sekarang tidak berjaya mempersiapkan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa dan serantau.
Saya menyeru supaya Menteri Pendidikan menerima hakikat ini dan mengambil langkah-langkah berikut:
1. Menggantung pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk ditambahbaik dengan mengambil kira masalah-masalah yang disebut oleh Kementerian Pendidikan mengenai kepincangan sistem pendidikan sekolah
2. Mengubah sukatan mata pelajaran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya ia menekankan pemahaman konsep dan bukan mengingati fakta dan soalan latih tubi semata-mata
Walaupun Barisan Nasional menghabiskan ratusan juta membayar perunding asing untuk mendapatkan idea menaiktaraf sistem pendidikan, jelas sehingga kini tidak ada sebarang langkah berkesan yang dicadangkan untuk mengatasi masalah-masalah umum sistem pendidikan negara.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
4 disember 2013

Saturday, 28 December 2013

Sukarnya Memahami Hati Orang Lain....

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Assalamualaikum...
tajuk kali ni sedih sikit. bunyi macam jauh hati je kan? hahaha... Memang tengah jauh hati pun....
Segalanya serba tak kena.. Allahu allah.. dugaan agaknye..

"Aku tahu aku harus bersabar dan mampu menjalani dugaan ini sebab itulah kau beriku dugaan ini.. tapi kenapa aku terasa berat sangat ya allah......
kenapa air mata harus mengalir setiap hari ya allah... sakit sungguh rasanya.. perit sungguh lukanya.. pilu sungguh rasanya... tabahkanlah hatiku setabah hati para mujahidah yang lain ya allah.. tabahkanlah hatiku setabah hati Siti Fatimah yang melalui kesusahan hidup... Kerana aku yakin di sebalik dugaan ini.. ada sesuatu yang indah dan manis yang engkau telah rencanakan untukku.. Allahu allah.... Tabahkan hatiku ya allah... beriku kekuatan untuk menempuhi semua ini.. beriku kesabaran untuk terus sabar dari melakukan sesuatu yang di luar jangkaan ya allah.. peliharalah imanku ya rabbi..... peliharalah aku... hanya padamu ya allah tempatku mengadu.. hanya padamu.. tiada yang lebih memahamiku selainmu ya rahman.... terimalah doaku ini ..sesungguhnya aku insan yang lemah yang sentiasa bergantung segalanya padamu...."

Alhamdulillah dengan segala yang telah kau berikan!

Friday, 6 December 2013

Dah Habis sekolah?? HURM~

Selamat datang ke blog eina~ Pesan ayah dan bonda... ILMU itu HARTA, SOLAT TIANG AGAMA, AKHIRAT kekal SELAMANYA, AMAL itu BEKALNYA, DOA itu SENJATA, dan ANAK YANG SOLEHAH itu PENGHUNI SYURGA....

Assalamualaikum.....
Selesai lah tanggungjawab mak bapak nak sekolahkan aku smpy form 5~ alhamdulillah...
sekarang ni...dah habis sekolah.. ku pikirkan bebas dan best sebab dah tak payah pi sekolah..tapi lepas sehari je habis spm.. da rindu dengan kawan2. rindu suasana sekolah.. rindu cikgu2... Allah...
cakap ngan mak.. " mak..rindu la nak pi sekolah.."
mak jawab.. " haaa..tu laa.. dulu masa sekolah..nak cuti..nak cuti..sekarang da habis sekolah..rindu plak..''

ok..den terkeno laghi!

huhuhu...

rindu time dalam kelas... kadang2 rasa syok jugak sebab  buat hal dalam kelas.. sebab sume tu jadi memori dan kenangan yang buat kita tersenyum sorang-sorang bila pikir balik.. kelas fizik yang nama aku sentiasa naik.. kelas kimia .. nama aku selalu naik.. hahaha.. best jugak bila jadi perhatian cikgu2....

masa majlis restu ilmu..

aku salam cikgu Bm .. cikgu rosmawati...
 haha.. dia dengan aksi dia..
" mizan!!!!! kau ingat aku cakap dengan kau niiiii........tulis karangan soalan 1 tu panjangggg..jangan pendekkkk jee...kau ingattt"

cikgu shuib kat sebelah ketawa je tgok aku ngn cikgu rosmawati..hahaha. lawak la cikgu ni... padahal masa ujian 1 ..tu je la aku buat pendek..sebab masa form 4.. cikgu faridah tak bagi lebih perkataan...kene kat dia.. suro buat panjang.. smpy ke akhir tahun dia ingtkan aku buat karangan mesti panjang... alhamdulillah la dapat cikgu yang sentiasa support dan sentiasa ingatkan..

masa spm.. nak tulis karangan ni.. tersenyum sorang2 teringat cikgu rosmawati.. pemeriksa da tengok aku pelik je.. sebab senyum sorang2! wwahahahha.. ok malu gila masa tu! huhu

cikgu fizik plak lagi best...

masa majlis ilmu..
'' mizan.. buat betul2.. kau jangan main2.. matilah cikgu mizan kalau kau main2..... ''
hahah... saya da buat yg terbaik cikgu... kite tunggu result ye cikgu.. hehe... fizik pun best. blaja secara sempoi.. tak stress sangat. dalam setiap kelas fizik.. mesti ade je lawak dr budak2 kelas aku...

haisy.. sume tinggal kenangan..
Allah..
semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal baik dan makin rapat
semoga kenangan ini terus lekat di ingatan...

rindu sume kawan2.. rindu gelak tawa mereka.. rindu gurauan mereka.... Allahu allah.. moga sahabat-sahabat dan guru-guruku sentiasa dalam lindungan Allah dan bahagia dunia akhirat...

kebahagiaanmu adalah kebahagiaan ku juga!

Thanks sahabat!
Thanks cikgu!

ikhlas from,
mizan qistina bt ismail
smk permas jaya
jk029A051